Dasar Privasi dan Maklumat Sulit
  1. Hidayah Centre Foundation berhak untuk menggunakan semua data dan maklumat peribadi penyumbang bagi tujuan operasi organisasi yang ditentukan oleh Hidayah Centre Foundation. 
  2. Hidayah Centre Foundation mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat peribadi dan data penyumbang yang diberikan kepada Hidayah Centre Foundation sekiranya kami mempercayai bahawa tindakan sedemikian adalah perlu bagi mematuhi proses kehakiman semasa, perintah mahkamah atau proses undang-undang terhadap pihak Hidayah Centre Foundation.
  3. Hidayah Centre Foundation berhak dan boleh mendedahkan maklumat peribadi dan data yang diterima semasa proses penggabungan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran, muflis atau apa-apa proses seangkatan dengannya yang mana maklumat yang dipegang oleh Hidayah Centre Foundation mengenai penyumbang dan pengguna adalah antara aset yang dipindahkan.
  4. Hidayah Centre Foundation tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecurian data dari laman web Hidayah Centre Foundation.  
  5. Penyumbang dan pengguna bertanggungjawab terhadap kesahihan dan kelengkapan maklumat peribadi mereka.
 
Hak Akses
  1. Penyumbang dan pengguna yang berdaftar boleh dan mempunyai hak untuk mendapatkan salinan maklumat peribadi yang telah dihantar ke pihak Hidayah Centre Foundation. 
  2. Penyumbang dan pengguna berhak untuk meminta pihak Hidayah Centre Foundation untuk menggantikan maklumat yang betul sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat.
  3. Penyumbang dan pengguna berhak untuk meminta pihak Hidayah Centre Foundation untuk berhenti daripada memproses maklumat peribadi atas perkara yang munasabah dan pihak Hidayah Centre Foundation akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut tempoh masa yang bersesuaian dan berpatutan. 
  4. Sekiranya penyumbang dan pengguna didapati melanggar mana-mana terma dan syarat atau melakukan perkara-perkara yang berunsurkan penipuan, jenayah, penyalahgunaan laman web, dan apa-apa perkara yang tidak wajar, pihak Hidayah Centre Foundation berhak untuk menggantung, menafikan atau menamatkan akses anda ke laman web Sumbangan.com tanpa sebarang notis. Bagi dana yang telah terkumpul sebelum pihak Hidayah Centre Foundation menamatkan akses, dana tersebut akan diuruskan oleh Hidayah Centre Foundation sewajarnya seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. 


 

Cara Sumbangan Alternatif

Salurkan terus ke akaun bank:

The Trustees of
Hidayah Centre Foundation Registered

 

  • Maybank Islamic 5622 0962 4421
  • Bank Islam 1211 3010 3494 33
  • Bank Rakyat 1104 6100 0356
 
Hubungi Kami

Hidayah Centre Foundation
Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati , 53100 Kuala Lumpur
P : 03 4103 9669

E-mel : [email protected]

Laman web : infaq.hidayahcentre.org.my