INISIATIF ANSAR

Sumbangan Berterusan

__________________________


Ansar Initiative adalah satu usaha Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk mengajak orang ramai menyumbang dengan mudah serendah RM1 sehari atau RM30 sebulan. Dengan usaha murni ini, orang ramai dapat bersama-sama HCF dalam usaha menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Ansar Initiative juga bertujuan membantu golongan mualaf yang baru berhijrah kembali kepada agama Islam sebagai jalan hidup mereka.
 
Nama Ansar Initiative dipilih khusus mengambil semangat golongan Ansar di Madinah yang membantu golongan Muhajirin dari Mekah dalam peristiwa Hijrah. Semoga dengan Ansar Initiative serendah RM1 per day atau RM30 sebulan, walaupun sumbangan yang sedikit tetapi berterusan mampu memberikan kesan yang lebih ketara dalam menyokong usaha kerdil HCF dalam melaksanakan kewajipan memperluaskan penyampaian mesej Islam kepada masyarakat dan melahirkan mualaf sebagai muslim contoh.


 


“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
(HR. Bukhari, no. 6465)

 
_________________________



 
SENARAI PROJEK




 
Hubungi Kami

Hidayah Centre Foundation
Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati , 53100 Kuala Lumpur
P : 03 4103 9669

E-mel : [email protected]

Laman web : infaq.hidayahcentre.org.my