Wasiat & Hibah
Wasiat & Hibah

 

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA 
 
Kini anda boleh mewasiatkan satu pertiga (1/3) serta membuat hibah sebahagian harta anda kepada Hidayah Centre Foundation untuk memenuhi keperluan kewangan HCF dalam usaha menyampaikan keindahan Islam dan memperkasa saudara baru di Malaysia.
 
APA ITU WASIAT?

Wasiat ialah ikrar atau perakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak, selepas dia mati. Kadar wasiat kepada bukan waris pada kadar tidak melebihi satu pertiga (1/3) sahaja sepertimana dijelaskan oleh hadith Saad Ibn Waqqas.
 
 
APA ITU HIBAH?
Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah dan berkuatkuasa selepas kematiannya.. Hibah juga dikenali sebagai pemberian kasih sayang.


APAKAH JENIS HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN ATAU DIHIBAHKAN?

  • Harta Tak Alih bersifat hartanah, termasuklah rumah, tanah, apartment dan kondominium.
  • Harta Alih, termasuklah barang kemas, kenderaan, saham syarikat dan koperasi, akaun-akaun CDS, akaun bersam dan akaun Lembaga Tabung Haji.
 

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat, atau anak yang soleh."
(Hadis Riwayat Muslim)

 
----------------------
BERMINAT?
 
Anda boleh isi borang di bawah untuk pihak kami terus menghubungi anda. 
http://hidayahcentre.org.my/daftar-wasiat/
 
Atau boleh layari laman web rasmi
 www.wasiyyahshoppe.com.my untuk info dan maklumat lanjut.


---------------------
 
KERJASAMA HIDAYAH CENTRE FOUNDATION DAN WASIYYAH SHOPPE BERHAD
  • Hidayah Centre Foundation dan Wasiyyah Shoppe Berhad telah mengikat Memorandum Persefahaman (MoU) yang mengiktiraf kerjasama rasmi kedua-dua pihak. 
  • HCF juga merupakan Rakan Korporat Mawarith yang diiktiraf oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.
 
 
WASIYYAH SHOPPE SEBAGAI PENGENDALI HIBAH BERPENGALAMAN
  • Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan sebuah syarikat amanah yang mempunyai kepakaran dan kecekapan di dalam menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat pusaka dan penyediaan dokumen secara syariah.
  • Semenjak ditubuhkan pada 2004, Wasiyyah Shoppe Berhad fokus kepada usaha membantu umat Islam Malaysia merancang harta pusaka dan merupakan organisasi pertama yang di Malaysia dalam bidang harta pusaka secara Syariah di Malaysia. 
  • Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan penyedia dan pelaksana dokumen Hibah paling berpengalaman di Malaysia. 
  • Sebanyak 40,000 dokumen Hibah telah disediakan sepanjang 14 tahun beroperasi. Manakala lebih dari 300 Perintah Pengesahan Hibah telah diperolehi dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.