Telekung for Mualaf
Telekung untuk Mualaf
Telekung untuk Mualaf

Telekung ini merupakan salah satu bahan yang digunakan oleh para mualaf untuk belajar solat di Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) kami di seluruh Malaysia.

Sejak HCF ditubuhkan, lebih 10,000 mualaf kami santuni. Sebahagian daripada mereka masih tidak mampu untuk memilik bahan belajar Islam yang lengkap seperti telekung.


Melalui KBM kami di seluruh Malaysia, kami menyasarkan 200 mualaf wanita yang tidak berkemampuan untuk kami bantu berikan telekung ini untuk para mualaf. Sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan amatlah kami hargai.

Moga dengan sumbangan ini memberi impak besar pada para mualaf mempelajari dan mengamalkan Islam dengan sempurna.