Qurban for Mualaf 2024/1445H
Qurban for Mualaf 2024/1445H
PENYERTAAN PROGRAM QURBAN FOR MUALAF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION TAHUN 2024/1445H
 
Sukacita dimaklumkan, HCF kini membuka peluang kepada anda untuk menyertai program Qurban For Mualaf 2024 di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan harga sebahagian seperti berikut :

Semenanjung Malaysia : RM 870/bahagian
Sabah                         : RM 1200/bahagian
Sarawak                      : RM 1380/bahagian
 
Di HCF, untuk mengekalkan momentum santunan kepada mualaf, salah satu program iaitu Qurban for Mualaf dilaksanakan bagi meraikan para mualaf dan komuniti mereka. 

Majoriti mereka berada di kawasan luar bandar, kampung-kampung, dan pedalaman-pedalaman di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak. Target kami pada 2024 : 37 ekor lembu.
 
Justeru, kami amat berbesar hati mempelawa pihak tuan/puan untuk menyertai ibadah qurban bersama HCF pada tahun 2024. 

Maklumat terperinci berkenaan program boleh didapati di poster yang dilampirkan. 
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi team kami di talian 011-4028 5399.

Dengan menyertai Qurban for Mualaf 2024, saya dengan ini bersetuju mewakilkan ( Wakalah ) kepada urusetia Hidayah Centre Foundation untuk melaksanakan ibadah korban saya pada tahun 1445H ini kerana Allah Taala. Jika ada lebihan, saya bersetuju untuk menghibahkan amaun tersebut kepada Hidayah Centre Foundation