Qurban For Mualaf 2022/1443H
Qurban For Mualaf
​QURBAN FOR MUALAF 2022


Setiap tahun pada 10 Dzulhijjah umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Tuntutannya kepada mereka yang berkemampuan untuk melakukan korban ke atas haiwan ternakan seterusnya diedarkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Di HCF, untuk mengekalkan momentum santunan kepada mualaf, salah satu program iaitu Qurban for Mualaf dilaksanakan bagi meraikan para mualaf dan komuniti mereka. Majoriti mereka berada di kawasan luar bandar, kampung-kampung, dan pedalaman-pedalaman di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

 
TAHUKAH ANDA?

1. Hampir 60% mualaf yang HCF santuni adalah mereka daripada golongan fakir dan miskin
2. Lebih 70% mualaf yang diziarahi HCF di kawasan luar bandar belum pernah merasai ibadah korban
3. Lebih 80% mualaf yang disantuni HCF di kawasan luar bandar belum pernah menunaikan solat sunat Aidil Adha
4. Di daerah kecil Pagalungan, lembu korban terpaksa diangkut dari Keningau ke Pagalungan melalui jalan darat yang tidak berturap dan jalan sungai.
5. Untuk mendapatkan lembu korban di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak, HCF perlu mendapatkan lembu dari daerah lain dan membawanya ke pedalaman.

 
Keadaan masyarakat di sana terlalu daif dan jarang mendapat perhatian. Program Qurban For Mualaf seperti ini memberi mereka peluang untuk merasai sebahagian hasil sumbangan anda semua untuk mereka memahami lagi dengan mendalam tentang agama Islam seterusnya menghayati pengajaran daripada perayaan ini.
 
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidil Adha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 
[Riwayat al-Tirmizi (1493)]

FAKTA 

Sejak 2014 program Qurban dilaksanakan, 
2014 - 70 penyertaan, 10 lembu, 410 penerima
2015 - 140 penyertaan, 20 lembu, 655 penerima
2016 - 91 penyertaan, 13 lembu,  783 penerima
2017 - 105 penyertaan, 32 lembu, 952 penerima
2018 - 180 penyertaan, 35 lembu, 3353 penerima
2019 - 200 penyertaan, 47 lembu, 4450 penerima
2020 - 200 penyertaan, 32 lembu, 1110 penerima
2021 - 260 penyertaan, 58 lembu, 2586 penerima 
 
TESTIMONI 

”Terima kasih kepada para penyumbang dan Hidayah Centre Sabah yang begitu mengambil berat dengan saudara baru di kawasan kami ini, 
dan diharap program-program sebegini akan diadakan lagi”
Daripada Jane, Kg Telibong Tamparuli, QfM2016

”Saya berharap agar lebih banyak program seperti ini agar lebih menyatukan penduduk”.
Daripada Encik Stephen, Ketua Kg Kelatuan Papar, QfM2016

”Terima kasih di atas memberi peluang kepada kami merasakan suasana berkorban”
Pengerusi Kg Tagai Keningau, QfM2016

PAKEJ QURBAN FOR MUALAF
Pakej A : Semenanjung & Sabah - RM 790
Pakej B : Sarawak - RM 890

KONGSIKAN QURBAN FOR MUALAF



Jom! Kita SERTAI dan KONGSI kempen ini kepada semua kenalan seluruh negara. 
Mudah-mudahan ada saham akhirat buat kita semua.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 6 Julai 2022 (Rabu).