Pusat Dakwah & Pembangunan Mualaf HCF Wilayah Utara
Pusat Dakwah dan Pembangunan Mualaf HCF, Wilayah Utara
PUSAT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN MUALAF HCF, WILAYAH UTARA
 
Syukur Alhamdulllah! Sebidang tanah seluas 1.36 ekar yang terletak di Bukit Madrasah, Wang Perah, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
telah diwakafkan oleh seorang penyumbang budiman.

Tanah milik HCF ini akan dibangunkan sebuah kompleks dewan serbaguna, gelanggang badminton, pusat komuniti, kelas-kelas pengajian, surau, pejabat, chalet keluarga, pusat riadah dan pusat bisnes komuniti kampung Wang Perah di atas bukit yang permai dalam suasana kehijauan.


Kos pembinaan kompleks dewan dan infra asas: RM1,000,000.

AYUH! Jadi sebahagian daripada kejayaan projek ini. INFAK hari ini!

 
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
 
Hidayah Centre Foundation akan membina sebuah Pusat Dakwah dan Pemerkasaan Mualaf (PDPM) untuk menyampaikan Islam kepada belum Muslim, menyantuni dan memperkasa mualaf yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran hidup setelah mereka memilih untuk berpegang kepada agama Allah ini.

Firman Allah:
‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.’
An Nahl 16:125

Marilah kita mengikuti jejak Rasulullah dalam membuka hati mereka yang belum Islam dan terus menyantuni mereka baru memilih Islam sebagai pegangan mereka.