Pelaburan Tabung Amanah
Pelaburan Tabung Amanah

Borang Pertanyaan

Masukkan Maklumat Peribadi Anda
Sila masukkan nama penuh anda.
+6
Sila masukkan Nombor Telefon anda.
@
Sila masukkan E-mel Anda
Sila masukkan Poskod anda.

PELABURAN DALAM TABUNG AMANAH
 
Hidayah Centre Foundation (HCF) bersama rakan strategik kami menawarkan peluang kepada anda untuk menyertai aktiviti pelaburan dalam tabung amanah seperti tabung Sukuk yang berpotensi menjana hasil pendapatan jangka panjang kepada anda dan juga membantu mengukuhkan HCF secara kewangan.
 Jawatankuasa Pelaburan HCF dengan pantauan bersama pakar kewangan Islam Datuk Dr. Mohd Daud Bakar telah meluluskan inisiatif kerjasama ini dengan harapan agar semua penyumbang setia HCF turut sama menjayakan program pelaburan dalam tabung amanah.

 
 

APA ITU SUKUK?
 

  • Secara ringkasnya Sukuk adalah sijil atau bon yang patuh Syariah.
  • Sukuk menggantikan konsep bon konvensional dengan menjual sijil kepada para pelabur dan kemudian menggunakan hasil jualan sukuk itu untuk membeli sesuatu aset.
  • Struktur membayar faedah terhadap pelaburan bon konvensional adalah tidak dibenarkan kerana mengandungi unsur-unsur riba.
  • Para pelabur akan memiliki aset sokongan dan pulangan terhadap aset sokongan tersebut akan dibayar secara tetap dalam tempoh masa yang panjang. Penerbit Sukuk juga perlu mengikat perjanjian untuk membeli balik Sukuk tersebut pada tarikh hadapan pada nilai par.

 

----------------------

MENGAPA MEMILIH PELABURAN SUKUK?

  • Pelaburan dalam Sukuk lebih selamat, berisiko rendah dan stabil.
  • Pelabur Sukuk menerima keununtungan yang dijana oleh aset sandaran secara berkala, manakala pelabur bon menerima bayaran faedah juga secara berkala.
  • Sukuk diterbitkan untuk pelabur
  • Sukuk melibatkan pemilikan aset, manakala bon adalah obligasi hutang.
  • Aset sokongan Sukuk mematuhi Syariah, manakala bon mengandungi unsur riba dan membiayai perniagaan yang tidak mematuhi syariah.
  • Penilaian Sukuk adalah berdasarkan kepada nilai aset sokongan.

PROGRAM KERJASAMA HIDAYAH CENTRE FOUNDATION DAN KONSULTAN PELABURAN
  • Program pelaburan Sukuk ini diuruskan oleh Konsultan Pelaburan lantikan Hidayah Centre Foundation (HCF).
  • Semua taklimat dan perbincangan berkenaan pelaburan Sukuk ini dikelolakan oleh Konsultan Pelaburan tersebut.
  • Dalam perjanjian masuk (entry), anda bebas menentukan (pledge) nilai sumbangan anda kepada HCF samada sebahagian atau semua hasil keuntungan pelaburan tersebut manakala pelaburan pokok (prinsipal) dikembalikan kepada anda.
  • Konsultan Pelaburan akan menasihati anda dari semasa ke semasa perkembangan pelaburan anda dan memaklumkan tarikh penting untuk anda meraih hasil keuntungan tersebut.
  • Transaksi pelaburan adalah bersifat sulit (hanya diketahui oleh anda dan konsultan sahaja).
  • Anda mempunyai akses kepada akaun sendiri dan “dashboard” untuk pemantauan kendiri.


BERMINAT?
  
Sila hubungi kami melalui emel: dana@hidayahcentre.com
 

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”  (Surah al-Hadid: 18)