Mualaf Aid
Mualaf Aid

MUALAF AID


A. Apa itu Mualaf Aid?

Mualaf Aid ini adalah sebuah hadiah yang berbentuk pemberian barangan dapur atau makanan asas untuk disampaikan kepada asnaf mualaf yang kami ziarahi sebagai tanda sokongan dan kasih sayang kami terhadap mereka. Ini adalah bantuan yang berterusan kepada mualaf dan keluarga mereka kerana lebih 60% mualaf yang kami santuni adalah fakir miskin. Dalam masa sama, kami juga melihat peluang-peluang lain yang bersesuaian dengan suasana dan kemampuan mualaf untuk kita bantu berdikari dan mandiri. 

Sejak 2012, lebih 6000 keluarga mualaf telah diziarahi dalam aktiviti ziarah susulan, melalui program ziarah mahabbah, kupi-kupi, melalui program pendidikan dan semasa pandemik baru-baru ini. Majoriti mualaf yang kami ziarahi adalah mereka yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal, orang tua, dan mereka yang berkelainan upaya.

Aktiviti ini digerakkan oleh para daie dan para sukarelawan Hidayah Centre Foundation di seluruh Malaysia supaya dapat membina hubungan tali persaudaraan dengan saudara baru. 

Sasaran kami pada tahun 2023 ini seramai 4000 mualaf dan keluarga mualaf kita santuni dan terus menyokong mereka untuk mandiri dan berdikari. Jom realisasikan misi ini dengan menyumbang kepada kami.



B. Adakah Mualaf Aid sama dengan Bantuan Food Bank?

Ya memang sama cuma bantuan Food Bank berlaku semasa pandemik covid-19 yang mana lebih 85% mualaf santunan kami terjejas perlukan bantuan bekalan makanan. Alhamdulillah semasa pendemik tersebut lebih 80% mualaf santunan dapat menerima manfaat sumbangan orang ramai ini.