Intergrated Masjid & Comunity Centre (IMCC) Nantabakan
Intergrated Masjid & Comunity Centre (IMCC)
IMCC KG NANTABAKAN
 
 

 


A. Apa itu IMCC?
IMCC @ Integrated Masjid & Community Centre merupakan projek pertama yang HCF wujudkan bagi membantu dan membangunkan komuniti asnaf mualaf dengan  menyediakan infrastuktur atau kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan insan mereka
  • Lokasi IMCC terletak di Kampung Nantabakan, Keningau. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari pekan Keningau.
  • Projek kecil ini mengandungi 4 fasa yang mana ia mempunyai :
Fasa 1 : Surau
Fasa 2 : Rumah Imam dan Bilal
Fasa 3 : Pusat Komuniti
Fasa 4 : Pusat Sukan

B. Kenapa IMCC perlu diwujudkan?
  • Kawasan pendalaman yang jauh daripada pusat bandar.
  • Surau bagi umat Islam di kampung dan sekitarnya untuk menunaikan ibadah solat dan mendalami agama
  • Menjadi tumpuan kepada penduduk luar bandar untuk menjalankan aktiviti komuniti dan ia terbuka kepada semua masyarakat majmuk
  • Kelas-kelas agama untuk para mualaf khususnya yang baru memeluk Islam menimba ilmu tentang Islam. Kini terdapat 10 keluarga yang memanfaatkan pusat ini untuk mendalami Islam.
  • Pusat Perkongsian Mesej Keindahan Islam di kampung dan kawasan sekitarnya.
  • Tempat tumpuan bagi golongan belia mengadakan aktiviti sukan.
  • Pusat latihan kemahiran masyarakat majmuk seperti belajar mengait, memasak dan menjahit.
C. Fasa 1 Projek IMCC (Pembinaan Surau)
 
Alhamdulillah, Fasa 1 iaitu pembinaan surau dalam projek ini telah siap pada pertengahan 2021. Fasa 1 ini mengambil masa hampir 3 tahun siap kerana tergendala semasa pandemik.

Diari Pembinaan Surau Nurul Hidayah Kg Nantabakan, Keningau
 
  • Tahun 2019
Januari - Meratakan tanah dan penyediaan tapak tanah surau
12 Februari - Penentuan Arah Kiblat oleh JHEAINS Keningau
31 Ogos - Perlantikan kontraktor binaan
7 September/Oktober - Pembinaan surau bermula
Disember - 15% dalam pembinaan - dinding

 
  • Tahun 2020
Februari - 25% dalam pembinaan - rangka atap
April - 55% dalam pembinaan - pemasangan atap & kubah
September - 85% dalam pembinaan - mengecat, pemasangan wayar dan pagar
Oktober-Disember - tertangguh disebabkan pandemik

 
  • Tahun 2021
Februari – Sambung kerja-kerja “touch up” & pemasangan sistem siar raya (pa system)
Pertengahan Mac 2021, surau telah siap dibina
Pertengahan April – Solat fardhu dan solat sunat tarawih dilaksanakan
Mei – Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan

D. Manfaat Fasa 1 setelah siap dibina
 
Kapasiti : 50-100 orang jemaah
Menjadi surau Jumaat buat penduduk setempat selain solat fardhu dilakukan
Menjadi persinggahan rehat dan rawat buat jemaah dari luar yang melalui jalan tersebut
Menjadi kelas bimbingan mualaf setiap minggu untuk para mualaf mendalami Islam
Menjadi pusat aktiviti buat para mualaf mengadakan aktiviti Islamik
 
E. Fasa 2 Projek IMCC (Pembinaan Rumah Imam & Bilal)
 
Fasa ini memerlukan bantuan sumbangan anda sekarang.
Dijangkakan pertengahan tahun 2024, Fasa 2 akan bermula iaitu pembinaan kuartes rumah imam dan bilal.
Target kos yang diperlukan untuk Fasa ke-2 : RM 100,000.00

F. Manfaat Rumah Imam dan Bilal dibina 

Penduduk setempat perlukan imam & bilal yang tetap untuk terus membimbing, mendidik & memperkasa para mualaf di Kg Nantabakan & sekitarnya
Imam dan bilal akan memimpin para mualaf melaksanakan :
  • Solat fardhu & solat sunat
  • Majlis keraian seperti majlis doa selamat, tahlil arwah dsu
  • Belajar dan mendalami agama Islam
Imam dan bilal menjadi rujukan terdekat untuk mengetahui hukum-hakam agama Islam

 
Izinkan kami kongsikan pahala kepada anda. Apa manfaat menyumbang dalam projek IMCC ini?
  • Sekali mereka solat dan imarahkan surau, anda juga akan terima pahalanya
  • Sekali mereka beriadah untuk menyihatkan badan, anda juga akan terima pahalanya
  • Sekali mereka beraktiviti di pusat komuniti, anda juga akan terima pahalanya
  • Sekali mereka berniaga untuk mengubah ekonomi keluarga mereka, anda juga akan terima pahalanya
 
Bayangkan jika anda terus menyumbang sehingga projek ini berjaya, MasyaAllah! Tabarakallah! Anda juga merai pahala daripada sumbangan anda! Allahu Akbar! Ia nampak kecil tetapi pahalanya berlipat-lipat kali ganda untuk anda. Jom mari menyumbang untuk projek IMCC Nantabakan untuk pembangunan modal insan, para mualaf santunan kami.


Apa yang perlu anda lakukan?
 
  • Mari menyumbang secara berterusan kepada kami
  • Kongsikan kebaikan IMCC ini kepada rakan kenalan anda
  • Ajak mereka untuk sama-sama berkongsi pahala dengan sumbangan berterusan anda
 
Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
Maybank: 5505 1085 0017
Rujukan:  rumahimam
Whatapps @ email resit: 016 536 6100 / [email protected]