Further Study for Mualaf
Tajaan Mualaf Sambung Belajar
TAJAAN MUALAF & ANAK MUALAF SAMBUNG BELAJAR

Usaha yang berterusan sejak 2014, Hidayah Centre Foundation (HCF) terus memperkasakan mualaf dan anak mualaf dengan menaja mereka untuk menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang yang mereka minati. Ia bermula dari peringkat sijil hinggalah ke peringkat sarjana muda di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 

Antara IPTA yang telah dan sedang mereka pelajari adalah :
  • Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah Kampus Kudat (IPDAS Kudat)
  • Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah Kampus Keningau (IPDAS Keningau)
  • Institut Latihan & Dakwah Negeri Selangor Kampus Sabak Bernam (ILDAS)
  • Institut Dakwah Islamiah PERKIM Kelantan (IDIP)
  • Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
  • Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA)
  • Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

Pengurusan holistik dilakukan kepada mereka bermula dari pengumuman di kelas-kelas bimbingan mualaf kami hingga membantu mereka didaftarkan di peringkat IPTA. Tambahan lagi, pemakluman dan penjelasan kepada ibu bapa mereka sangat penting bagi memastikan hala tuju pendidikan dan kerjaya mualaf dan anak-anak mualaf dapat direalisasikan.

Mereka yang kami taja ini adalah terdiri daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka mahupun mualaf yang kurang berkemampuan. Sehingga kini,
lebih 100 orang mualaf dan anak mualaf ditaja melanjutkan pelajaran mereka.

Ayuh bersama kami berkongsi pahala dalam menaja mereka melanjutkan pelajaran mereka! Moga dengan sokongan anda membawa mualaf-mualaf yang kami santuni terus maju dan mencapai cita-cita mereka.