ANSAR INITIATIVE
Sumbangan Berterusan
_______________________________
Ansar Initiative adalah satu usaha Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk mengajak orang ramai menyumbang dengan mudah dan berterusan serendah RM 1 sehari atau RM 30 sebulan.
Dengan usaha murni ini, orang ramai dapat bersama-sama HCF dalam usaha menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Ansar Initiative juga bertujuan membantu golongan mualaf yang baru berhijrah kembali kepada agama Islam sebagai jalan hidup mereka.
Nama Ansar Initiative dipilih khusus mengambil semangat golongan Ansar (Muslim) di Madinah yang membantu golongan Muhajirin (mualaf) dari Mekah dalam peristiwa Hijrah.
Semoga dengan Ansar Initiative ini mampu memberikan kesan yang lebih ketara dalam menyokong usaha kerdil HCF dalam melaksanakan kewajipan memperluaskan penyampaian mesej Islam kepada masyarakat dan melahirkan mualaf sebagai muslim contoh.
“Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” AQ Al-Hasyr, 59:9

Kenapa perlu menyumbang melalui Ansar Initiative?
Berdasarkan pengalaman di lapangan sejak penubuhan, kami mendapati
1. Bilangan mualaf yang perlu disantuni saban tahun semakin bertambah
2. 60% mualaf yang disantuni adalah daripada golongan fakir miskin
3. Islamofobia masih menjadi isu utama dalam kalangan bukan Muslim
4. Lebih kurang 30% mualaf yang disantuni berpotensi untuk dibangunkan
5. Usaha menyampaikan mesej keindahan Islam masih perlu dipertingkatkan
6. Kemudahan infrastruktur dan komuniti mualaf masih perlu dibangunkan
Apakah faedah menyumbang melalui Ansar Initiative?
1. Menyuburkan usaha-usaha dakwah
2. Memperkasakan pendidikan mualaf
3. Memantapkan akidah mualaf
4. Membangunkan ekonomi mualaf
5. Memperkuatkan sokongan sukarelawan/daie
6. Melahirkan lebih ramai pendakwah
Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
[Riwayat al-Bukhari (13)]
Kemana sumbangan Ansar Initiative disalurkan?
DAKWAH
1. Membantu menyebarkan keindahan & kebenaran Islam pada masyarakat majmuk
2. Membetulkan salah faham terhadap Islam
TARBIYAH
1. Bantuan sambung belajar
2. Bantuan belajar di kelas bimbingan
3. Bantuan pemberian bahan-bahan belajar agama
KEBAJIKAN
1. Bantuan makanan/keperluan asas
2. Bantuan kesihatan
3. Bantuan modal perniagaan
4. Bantuan kecemasan
5. Memberi sokongan moral
6. Memberi nasihat dan panduan
LATIHAN
1. Latihan dakwah daie & mualaf
2. Latihan tokoh daie & mualaf
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)
SENARAI PROJEK
2020 ©
Hidayah Centre Foundation