Sumbangan Berterusan
Satu Ringgit Untuk Sejuta Jiwa

INISIATIF ANSAR

Sumbangan Berterusan

__________________


Ansar adalah satu usaha Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk mengajak orang ramai menyumbang dengan mudah serendah RM1 sehari. Dengan Ansar, anda dapat bersama-sama dalam usaha menyampaikan mesej lslam yang sebenar kepada orang ramai. Ansar juga bertujuan membantu golongan saudara baru yang baru berhijrah kembali kepada agama lslam sebagai jalan hidup mereka.
 


Nama Ansar dipilih khusus mengambil semangat golongan Ansar di Madinah yang membantu golongan Muhajirin dari Mekah dalam peristiwa Hijrah. Semoga dengan Ansar, sumbangan yang sedikit tetapi berterusan mampu memberikan kesan yang signifiken dalam menyokong usaha murni HCF dalam melaksanakan kewajipan memperluaskan penyampaian mesej Islam kepaDa masyarakat dan melahirkan saudara baru sebagai muslim contoh.
 


“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
(HR. Bukhari, no. 6465)

 
_____________________



Bantu HCF melalui sumbangan tetap secara bulanan serendah RM 1/sehari @ RM30/sebulan untuk menyentuh 1,000,000 jiwa manusia setahun mengenal agama Allah

وَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

Maksudnya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).” [Riwayat al-Bukhari (2942)]