Qurban Untuk Mualaf 2021/1442 H
Qurban For Mualaf
Setiap sumbangan adalah saham untuk akhirat anda

 

Kenapa  Perlu Sertai Qurban For Mualaf?
 
Setiap kali tanggal 10 Dzulhijjah setiap tahun umat Islam akan menyambut perayaan Aidil Adha. Umat Islam dituntut untuk melakukan korban ke atas haiwan ternakan seterusnya diedarkan kepada golongan asnaf.

Di HCF kami menganjurkan projek korban yang mana bahagian korban tersebut kami edarkan kepada masyarakat Islam di kampung-kampung pedalaman di sekitar Sabah & Sarawak serta bahagian semenanjung yang terpilih. Kebanyakan masyarakat di sana, mereka terlalu daif dan jarang mendapat perhatian. Program Qurban For Mualaf seperti ini memberi mereka peluang untuk merasa sebahagian hasil sumbangan anda semua untuk mereka memahami lagi dengan mendalam tentang agama Islam seterusnya menghayati pengajaran daripada perayaan Aidil Adha.

Pada tahun 2021 ini kami mensasarkan sebanyak 46 ekor lembu untuk dikorbankan untuk diagihkan kepada 2,500 orang mualaf.
 
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang
lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 
[Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]


Hidayah Centre Foundation mengajak semua umat Islam untuk berkongsi secebis kegembiraan buat saudara baru dengan menyertai Qurban for Mualaf. Hanya RM790.00 sahaja untuk korban satu bahagian lembu/kerbau.
Jom! bersama kita sebar luaskan kempen ini kepada semua kenalan seluruh negara. Mudah-mudahan ada saham akhirat buat kita semua.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 12 Julai 2021 (Isnin, 12 tengah malam).

Untuk Sumbangan Umum Qurban For Mualaf 2021/1442H klik link di bawah
http://bit.ly/sumbanganQFM
http://bit.ly/sumbanganQFM
http://bit.ly/sumbanganQFM
"Qurban Anda, Kegembiraan Mualaf"