I Found My Way
Saya Temui Jalan Benar
Hidayah Centre Foundation(HCF) telah menyantuni dan memperkasakan ribuan mualaf di seluruh Malaysia dalam aspek kelas pengajian, tenaga pengajar, pembinaan surau, bantuan mualaf miskin dan mualaf dalam kesusahan.

Usaha-usaha dakwah dan santunan mualaf ini masih berjalan berterusan seiring dengan perkembangan dan pertambahan bilangan mualaf saban hari.

HCF masih memerlukan dana yang stabil untuk terus bergerak aktif dalam medan dakwah dan menyantuni mualaf ini.

Kami di Hidayah Centre Foundation (HCF) ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama berkongsi pahala menyokong HCF dalam melaksanakan usaha dakwah & santunan mualaf.

Sumbangan anda, sekecil mana pun pasti akan dapat melancarkan lagi gerak kerja dakwah ini. InsyaAllah, ganjaran daripada Allah SWT.

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” [HR. Bukhari].

Jom bersama berkongsi pahala dengan HCF dalam usaha menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation