Back To School 2023
Back To School 2022-2023
RM 80,000 diperlukan Bagi Bantuan Back To School Hidayah Centre Foundation 2023

Kempen murni sejak tahun 2017 ini merupakan salah satu inisiatif yang berterusan dan bertujuan membantu mualaf dan anak-anak mualaf santunan HCF bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2023 ini. Projek ini telah masuk tahun ke-6 dan dilaksanakan di seluruh Malaysia. Sejak kempen dimulakan, lebih 1500 penerima telah menerima manfaat hasil sumbangan daripada orang ramai.

Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM 80,000 untuk diagihkan kepada kira-kira 300 orang penerima di semua cawangan HCF seluruh Malaysia.

Pakej Sumbangan
  1. Sekolah Menengah : RM200
  2. Sekolah Rendah: RM150

Kenapa perlu infak ke projek ini?
 
  1. Lebih daripada 60% mualaf yang kami santuni memerlukan perlukan bantuan kita
  2. Untuk memastikan mereka tidak tercicir dalam persekolahan akibat ketidakmampuan ini
  3. Fokus kepada generasi ke-2 dalam keluarga mualaf ini untuk disantuni dan dibantu
  4. Bukan pakaian dan alat sekolah sahaja menjadi saham kita tetapi sebenarnya kesinambungan anak-anak bangsa ini berjaya dalam pelajaran mereka dan kerjaya mereka di masa akan datang

Itulah amal jariah kita. Ini peluang terbesar sebenarnya untuk kita. Jom ambil peluang keemasan ni sekarang juga infak kepada HCF melalui projek ini.

Sumbangan anda juga boleh disalurkan ke:

The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered

Maybank : 5622 0962 4421
Bank Islam : 1211 3010 0494 33
Rujukan: BTS

Sebarang pertanyaan, hubungi no Hotline Dana HCF >> https://wa.me/601158845399

Semoga Allah SWT berkati anda, para penyumbang budiman sekalian.