Ansar Korporat
Hidayah Centre Foundation
ANSAR KORPORAT
Sumbangan Berterusan
_____________

Ansar Korporat merupakan salah satu inisiatif Hidayah Centre Foundation (HCF) dalam memberi peluang kepada Syarikat Korporat bersama-sama HCF dalam usaha ‘Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf’ dengan cara memberi sumbangan bulanan secara berterusan terhadap aktiviti dakwah dan pemerkasaan mualaf HCF. Ia bukanlah sebagai satu tanggungjawab sosial korporat semata tetapi ia juga merupakan satu bentuk kerjasama yang efektif dalam usaha melahirkan ramai pendakwah dan pemerkasaan mualaf.

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
(HR. Bukhari, no. 6465)